Tuesday, November 4, 2008

Maklumat Mengenai Amalan Berbekam.

Menurut Ibnu Sina, Ahli Perubatan Islam yang terunggul, bekam adalah lebih berkesan untuk membersihkan darah dari bahagian bawah kulit manusia, berbanding dengan cara-cara pendarahan yang lain.
Masa dan waktu yang tidak berepa sesuai untuk berbekam adalah seperti berikut:-

1. Di awal bulan qamariah, 1-7 haribulan.
2. Di akhir bulan qamariah 24-30 haribulan.

Ini kerana pada masa tempoh-tempoh di atas humor-humor di dalam tubuh manusia tidak begitu aktif dan kurang terangsang.

Masa selain tempoh-tempoh di atas iaitu mulai 8 - 23 haribulan qamariah adalah tempoh yang paling sesuai dan berkesan bagi rawatan berbekam. Dalam tempon ini humor-humor di dalam tubuh manusia paling aktif dan mudah terangsang. Hal ini disebabkan oleh peningkatan cahaya pada jirim bulan. Pada tempoh ini juga berlakunya pengembangan otak di dalam kepala manusia.

Waktu yang paling sesuai rawatan bekam dijalankan ialah di antara pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Lokasi-lokasi pada tubuh manusia yang sesuai untuk dibekam dan kesan-kesan positif adalah seperti di bawah:-

Lokasi: Kesan Positif:

-Di bawah lesung mata: -Mencegah kening mata menjadi berat.
- Meringan kelopok mata.
- Menghilangkan nafas yang berbau.
- Mencegah kudis pada mata.

- Di atas belakang - Menghilangkan rasa sakit pada bahu dan leher.
di antara dua bahu.

- Di salah satu salur - Menghilang getaran di kepala.
darah juglar. - baik untuk organ-organ di kepala iaitu muka,
gigi, telinga, mata, leher dan hidung.

- Di atas bahu. - Merawat batuk.

- Di atas belakang dan - Merawat penyakit-penyakit berkaitan dada
paha sebelah dalam. dan lelah.

- Bunting betis. - Merapatkan rekahan kulit akibat luka-luka.
- Membersih darah.
- Melancarkan darah haid.

- Di bahagian belakang - Merawat keracunan fikiran.
kepala. - Merawat pening kepala.
- Melambatkan uban, sesetengah orang.
- Menyembuh kudis dan bisul.

- Di bawah dagu. - Baik untuk gigi, muka dan leher.

- Di tulang lumber. - Merawat kudis dan bisul.
(5 tulang di belakang) - Merawat gout, buasir dan untut.
- Mengeluar angin daripada pundi kencing
dan rahim.
- Menghilangkan gatal-gatal di belakang.

- Di bahagian depan - Merawat testis (buah zakar) yang bengkak
kedua paha. - Merawat abses di bahagian paha dan betis.

- Di bawah lutut. - Merawat denyutan di lutut.
- Merawat bisul, abses dan unlser di betis.

- Di atas buku lali. - Merawat gout.
- Melancarkan darah haid.

- Di puncak kepala di - Merawat sakit kepala yang bersangatan
belakang ubun-ubun. (maigrin).

- Di atas dahi dan dua - Merawat rasdum, jerawat dan
sisi hidung. jeragat.
bekam krai

Kesan selepas berbekam akan hilang selepas empat hari

Darah yang keluar dari bahagian badan

Pesakit ini mengalami rasa tegang pada bahagian belakang

Berbekam pada hujung kepala bagi mengatasi migraine

Rasulul-Lah sollol-Lahu-Alahai-Wasallam pernah bersabda " Berbekam pada puncak kepala dapat menyembuh penyakit-penyakit gila, sakit kepala, penyakit kusta, sopak dan belam, sakit gigi dan gusi dan penyakit kabur pada mata. "
Adapun berbekam dengan tabib itu sunat pada syarak dengan sesuatu sebab yang berkehendak kepadanya. atau sebab berlebihan darah dan berlebihan berat badan atapun sebab-sebab yang lain, terutama bagi penduduk di Tanah Hijaz (Semenanjung Tanah Arab) yang iklimnya panas melampau dan di negeri-negeri seumpamanya.